KHASIAT SERTA KEBAIKKAN LOBAK MERAH

Sumber:google


Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.



Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.



Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

 Sumber:google


LOBAK MERAH/KAROT
Lobak adalah sayur-sayuran yang mudah untuk ditanam dan membesar. Sebab itu dah ramai yang tahu kebaikan lobak merah dan  kita boleh lihat ada di antara orang di kawasan perumahan boleh tanam sayur ini. Rasanya yang manis dan tekstur yang rangup menjadikan ia disukai oleh sesiapa sahaja.

Terdapat lebih daripada 100 jenis lobak merah di seluruh dunia yang berbeza dari segi saiz, iaitu dari dua inci hingga tiga kaki dan warna, iaitu oren, ungu, kuning, dan putih. 

Bukan sahaja lazat, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sangatlah banyak, berdasarkan kandungan nutrisi yang terdapat dalam sayur ini.

Di sini saya ingin senaraikan beberapa khasiat dan kebaikan yang boleh kita perolehi dengan memakan sayuran istemewa ini.


Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

 Sumber:google

Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.


Buat akak-akak comel yang sentiasa ambil berat untuk kulit, ini berita baik untuk anda.Tak perlu lagi berhabis duit beli supplement untuk kulit, cukup dengan makan lobak merah sahaja.

Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

 Sumber:google

Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan.Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

Oleh itu, lobak merah adalah makanan yang baik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. 

Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak.


Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser. Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.


 Sumber:google

Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!

Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Sumber:google

Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
 

Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda.


 Sumber:google

Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.


Lobak juga berupaya untuk mengurangkan risiko stroke.Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami stroke adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu.


Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi.

 Sumber:google

Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga dapat  membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

Makan lobak merah, anda sihat!

0 Response to "KHASIAT SERTA KEBAIKKAN LOBAK MERAH "

Post a Comment