IBU DAN AYAH KITA


Bilamana anak-anak duduk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak-anak pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak-anak yg jarang-jarang sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak-anak pula. Kadang kala, buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak-anak. Tapi anak-anak di kolej, di universiti setiap minggu pergi ke pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit  tak cukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak-anak cakap macam tu, air muka mak kita langsung tak berubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh  anak-anak.

Ayah pula tunggu nak bercakap dengan  anak-anak, tunggu untuk berkumpul beramai-ramai, sebab lama dah tidak kedengaran suara hilai tawa anak-anak. Tapi  anak-anak setiap masa duduk berkurung didalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duduk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah handphone/tablet 24/7 handphone di tangan. Kadang kal pertanyaan mak ayah  anak-anak jawab acuh tak acuh. Muka mak ayah pun anak-anak tak pandang.


Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab  anak-anak semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati  anak-anak. Kadangkala mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan  anak-anak. Tapi  anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung jarang-jarang sekali.

Kadang-kadang, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal-mahal. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang-kadang bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.



Kadang kala tidak semua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.

0 Response to "IBU DAN AYAH KITA"

Post a Comment