Menurut Ethnologue, ketika ini terdapat sekitar 6912 bahasa yang dituturkan manusia di seluruh dunia. Namun dari jumlah ini, tahukah anda apakah 10 bahasa dengan penutur terbesar di dunia? Mari kita lihat senarai berikut:
Bahasa Mandarin
Jumlah penutur: 1.5 billion
Tak salah lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan manusia di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China ketika ini dianggarkan hampir mencapai 1.4 billion orang. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur bahasa rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa Mandarin. Belum lagi termasuk imigran Cina di pelbagai penjuru dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-hari.
- Jenis aksara: Karakter Cina
- Negara penutur: China, Taiwan, Malaysia, Singapura dan komuniti keturunan China lainnya di seluruh dunia. Bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan "Ni hao" (Nee HaOW)
Bahasa Inggeris
Jumlah penutur: 500 juta
Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan sebagai bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi antarabangsa. Sekitar 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa nasional masing-masing.
- Jenis aksara: Latin
- Negara penutur: UK, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei Darussalam, Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameroon, Kanada, Kenya, Kiribati,
Lesotho, Liberia, Malawi, Maldives, Malta, Kepulauan Marshall , Mauritius,Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua Nugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, New Zealand, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Kepulauan Solomon, Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. Organisasi antarabangsa : PBB, Kesatuan Eropa, Persemakmuran, CoE, NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UK, USA, dll.
Bahasa Hindi
Jumlah penutur: 497 juta
India memang unik! Bayangkan saja, negara ini mempunyai penduduk kedua terbanyak di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang Agung, Mahatma Gandhi, tetapi India sebenarnya tidak memiliki bahasa rasmi kebangsaan. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi pertuturan bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional oleh perlembagaannya.
- Jenis aksara: Devanagari
- Negara penutur: India, AS, Mauritius, Afrika Selatan, Yaman, Uganda, Singapura, New Zealand, Jerman, Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan Uni Emirat Arab.
- Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan �Namaste� (Nah-MAH-stay).
Bahasa Sepanyol
Jumlah penutur: 400 juta
Setelah Portugal menguasai sebahagian besar kawasan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke 15, giliran Sepanyol pula mendominasi wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang bertapak kuat di sana. Ketika ini, Bahasa Sepanyol banyak digunakan sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak dituturkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico. Malah, beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.
- Jenis aksara: Latin
- Negara penutur: Sepanyol, Argentina,
Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Guatemala, Honduras, Colombia, Costa RiCa, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela. - Untuk menyapa dalam bahasa Sepanyol, ucapkan: �Hola�.
Bahasa Arab
Jumlah penutur: 300 juta orang
Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur�an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya ke sejumlah bahasa di Eropah terutamanya bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Parsi memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.
- Jenis aksara: Arab
- Negara penutur: Arab Saudi, Aljazair, Bahrain, Chad, Comoro, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Moroco, Nigeria, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Sahara Barat, Yaman, Mauritius, Senegal, Mali. Merupakan bahasa rasmi PBB
Bahasa Rusia
Jumlah penutur: 278 juta
Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan Maria Sharapova adalah antara penutur bahasa Rusia yang kita sudah kenal melalui pelbagai media. Namun, selain mereka, terdapat lebih 270 juta orang lain yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.
- Jenis aksara: Cyrillic
- Negara penutur: Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova. Merupakan bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: �Zdravstvuite� (ZDRAST-vet-yah).
Bahasa Melayu
Jumlah penutur: 259 juta
Bahasa Melayu berada pada urutan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini diperolehi melalui perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebahagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.
Bahasa Portugis
Jumlah penutur: 240 juta
Portugal hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah yang pertama sekali melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro �lvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.
- Jenis Aksara: Latin
- Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Macau, Mozambique, S�o Tom� e Pr�ncipe.
- Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: �Bom dia� (Bohn DEE-ah).
Bahasa Benggali
Jumlah penutur: 230 juta
Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografi yang kecil, tetapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Benggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir seluruhnya bersempadan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali meluas hingga ke beberapa wilayah India.
- Jenis Aksara: Bengali
- Negara Penutur: Bangladesh, India
- Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, katakan �Ei Je� (EYE-jay).
Bahasa Perancis
Jumlah penutur: 200 juta
Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.
- Jenis Aksara: Latin
- Negara Penutur: Perancis, Monaco, Kanada, Switzerland, Belgium, Luxembourg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Afrika Tengah, Chad, Comoro, Kongo/Zaire, Djibouti, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagascar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, New Caleidonia, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Merupakan bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: "Bonjour" (bone-JOOR).
Sumber: Asal-usul.com
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2013/08/top-10-bahasa-yang-paling-banyak.html
0 Response to "10 Bahasa Paling Ramai Ditutur Di Dunia"
Post a Comment