Tiba-tiba teringat kata-kata Prof Muhaya “di Malaysia ini sepatutnya dilabelkan baju/pakaian yang tidak patuh syariah Islam sebagai baju/pakaian for non muslim only” cantik bukan pernyataan beliau?
Lihatlah ke mana saja kita berada.360 darjah, setiap sudut, dalam lingkungan apa pun, pasti akan terlihat muda mudi penuh membanjiri ruang lingkup mata dengan fesyen yang pelbagai. Pelbagai jenis corak, warna dan bentuk tidak kira material apa yang bebas digayakan ke sana sini. demikianlah yang berlaku saban hari, tanpa mengira situasi apa pun, baik keramaian, majlis ataupun sekadar ke kedai di depan rumah pasti anggun berfesyen.
Persoalannya, apakah itu yang dianjurkan Islam dalam merebut redha Allah, atau sekadar mahu kelihatan menawan di tumbir mata masyarakat?
Berpakaian itu terlalu subjektif, baik dari segi pemilihan warna, corak, bentuk, material, harga, saiz, kesesuaian, dan imej. justeru, memilih pakaian dapatlah diertikan dengan aktiviti menonjolkan diri. seperti mana akhlak kita menunjukkan diri kita, berpakaian pula berkait rapat dengan cerminan akhlak. sudah tentu kita semua mahu kelihatan menawan dan cantik, tapi biarlah mengikut adab dan syariat yang telah digariskan dan dianjurkan Islam.
Apa yang pasti, setiap perkara yang indah dan istimewa itu tidak mudah dipamerkan buat tatapan percuma. Seperti permata yang bernilai tinggi, bukan sewenang-wenang dibiarkan melata secara biasa. Sudah pastilah aset sebegitu tinggi nilainya dikawal ketat, dijaga rapi, dan terlindung dari jangkauan jahat manusia.
Begitu ramai yang keliru dengan kosep membungkus dan menutup aurat. Semakin ramai yang hanya tahu membungkus daripada menutup aurat. Hasilnya sekarang, fesyen muslimah juga sudah tidak lagi patuh syariah akibt terlalu dikomersilkan. Sebab itulah Islam mengariskan panduan, adab dan etika dalam berpakaian.
Ia juga berperanan untuk melindungi diri dari fitnah, buruk sangka, tohmahan, caci maki, nafsu dan niat yang dikhuatiri serta dibimbangi ketulusannya. Manusia yang baik pasti berlaku baik kepada orang di sekelilingnya dan mengelakkan diri dari mencetus sebarang kemungkinan yang buruk.
Berpakaianlah mengikut apa juga acuan dan turutan kita, asalkan menutup aurat dengan sempurna. Pakaian yang baik, sudah pastilah tidak bergantung kepada telekung untuk melakukan ibadah fardhu kerana telah tertutup dan terpelihara dengan sempurna. kerana aurat dan solat adalah selari dalam pemahamannya. Begitu, bukan?
Jagalah Allah dan hakNya.
pasti Allah akan menjaga kamu.
pasti Allah akan menjaga kamu.
0 Response to "REALITI MASA KINI..MEMBUNGKUS ATAU MENUTUP?"
Post a Comment