Doa..Dimanakah Rasa Hormat Kita Pada Pencipta Sekalian Alam?




Assalamualaikum…

Kita sebagai orang yang mengaku beriman kepada Allah,perlu sedar bahawa tiap-tiap kejayaan yang kita kecapi semuanya adalah dengan izin Allah S.W.T.

Jadi,hanya kepada Allah sahaja tempat kita merayu dan memohon pertolongan kerana Dialah yang menciptakan sekalian alam ini.Oleh itu, Jangan sesekali berputus asa dalam kehidupan ini.Sentiasa belajar untuk berfikiran positif dan kurangkanlah keluhan.Berusahalah yang terbaik sambil berdoa kepada Allah dengan sepenuh hati (bersungguh-sungguh).Jangan fikirkan tentang kegagalan always think positive!positive And Positive!”

Sebaliknya teruskanlah berusaha walaupun kita terpaksa menempuh kegagalan demi kegagalan. Ada pepatah inggeris menyatakan "no situation is so dark that there is not a ray of light". Ingatlah bahawa Allah akan sentiasa menjadi Penolong dan Pelindung serta menjadi cahaya kepada orang-orang yang beriman. Persoalannya satu sahaja iaitu adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman?

Apa yang ingin saya disampaikan di sini adalah tentang doa atau berdoa. Berdoalah tatkala diri dilanda masalah,kemurungan atau ketika kita menghendaki sebarang hajat.Ini kerana Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang setiasa berdoa memohon bantuan kepada-Nya tidak kira ketika susah atau pun senang.Bukan sibuk mendengar dan menghayati senikata lagu-lagu cinta dan sebagainya tatkala hati sedang sedih dilanda ujian dari-Nya.

Memang ianya nampak mudah, namun cuba kita fikirkan,berapa ramaikah dari kita (termasuk saya) yang tatkala berada di dalam kesusahan menadah tangan dan berdoa kepada Allah? Walhal kita sendiri tahu bahawa tanpa bantuan dari-Nya kita takkan punya apa-apa.Allah sangat suka kepada hambanya yang sering berdoa apatah lagi jika kita dalam keadaan senang.Senang cerita tika senang kita ingat dan ketika susah kita ingat untuk berdoa kepada-Nya.

 Contohnya begini,apabila doa berkumandang tidak kiralah walau dimana ia jua berkumandang contohnya di dalam bas atau pada majlis-majlis rasmi,di rumah atau dimana saja.Kebanyakan dari kita yang beragama Islam ini tidak mengaminkan doa itu.Sebaliknya kita dengan selamba berborak-borak itu dan ini tanpa ada sedikit pun rasa bersalah..

Mungkin mereka tidak mendengar doa itu,jikalau begitu tidak mengapalah. Tetapi bagaimana jika mereka mendengar namun tidak mengendahkannya? Atau pun berkata di dalam hati bahawa doa seperti itu tidak berapa penting untuk diaminkan. Tepuk dada tanyalah hati kecil kita sendiri.

Tetapi,situasi sebegini sebenarnya bukan asing dalam kehidupan kita.Di tempat kita  juga sama dimana-mana juga sama.Cuba anda lihat dalam majlis-majlis rasmi.

Apabila seorang pembaca doa tampil ke hadapan untuk mengetuai bacaan doa,kebanyakan dari kita berdoa main-main.Kita boleh bercakap-cakap sambil berdoa. Mata melilau kekanan dan kekiri melihat-lihat perkara maksiat. Iakan? bukankah majlis-majlis rasmi kita sekarang kerap bercampur antara lelaki dan wanita,betul bukan?

Padahal,berdoa itu definisinya adalah keadaan di mana seorang hamba yang lemah lagi hina yang benar-benar berhajatkan sesuatu lantas memohon kepada Allah Maha Pencipta untuk membantunya.

Anda nampak sesuatu tak dari sini? Dalam bahasa pasarnya,berdoa itu bermaksud "kita mintak Allah bantuan". Mudah bukan? Masih tak Faham? Atau kurang faham?

Ok2..Saya ingin bertanya kepada anda,adakah sopan jika kita meminta bantuan daripada seorang pembesar atau raja,tetapi dalam masa kita sedang memohon itu,kita goyang-goyangkan badan atau kita bergelak ketawa.Adakah sopan anda rasa perlakuan kita itu?Saya boleh bet kita tidak akan  berani berbuat demikian jika kita berhadapan dengan raja. Jangakan kata raja, jika kita ingin meminta bantuan dari ketua kampung sekalipun sudah pasti ayat yang kita gunakan bukan main berbunga-bunga serta dengan wajah yang penuh harapan bukan?

Tetapi,cuba lihat perangai kita.Berhadapan dengan Allah Maha Pencipta,memohon bantuan dari-Nya,tetapi kita boleh tidak berdisiplin ketika berdoa. Bergurau-gurau,tergaru-garu tanpa ada rasa hormat dan penuh pengharapan.Padanlah doa kita seakan-akan tidak dimakbulkan.Tidak hairanlah begitu kerana kita tidak fokus dalam doa.

Nampak seperti ianya perkara kecil bukan? Tetapi perkara kecil inilah yang biasanya membawa kepada perkara yang lebih besar.Kita seperti tidak sedar diri.

Kita berdoa sepatutnya mana boleh main-main.Ketika berdoa,sertakan minda,akal dan hati kita sekali.Bukan doa itu seperti kita menyanyi lagu kosong sahaja.Kita sedang meminta dari Allah.

Itulah sebab saya berpendapat kita hari ini mengamalkan Islam tanpa memahami ajaran Islam itu sepenuhnya.Sebaliknya kita hanya menurut apa yang dilakukan generasi terdahulu tanpa mengetahui sebabnya. Kita harus ingat kita ini bukan jawa,melayu,banjar,cina,india atau yang selainnya,tetapi ingatlah bahawa kita ini adalah” MUSLIM”. Kita menganut agama Allah S.W.T. yang terbukti benar,janganlah kita sekadar jadi pengikut saja.

Marilah berubah.Dekatkanlah diri dengan
Al-Quran dan fahami maksudnya.

Oleh kerana saya sudah menulis dengan agak panjang,saya terpaksa berhenti di sini dahulu buat masa ini.Siri ini akan disambung insya-Allah dalam masa terdekat.

Niat saya berkongsi menulis ilmu ini bukan kerana saya hendak riak ataupun apa,sebaliknya supaya ilmu yang ada ini dapat dikongsi bersama anda semua.Dan,saya juga dapat mengingatkan diri saya juga kembali.

Baiklah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

0 Response to "Doa..Dimanakah Rasa Hormat Kita Pada Pencipta Sekalian Alam?"

Post a Comment