Cukup-Cukuplah Dengan Kenaikkan Dan Penindasan Ini Kami Juga Manusia Yang Berhak Untuk Hidup



Assalamualaikum…
Artikel ini saya ambil dari [Link].Selepas membacanya, ia sama seperti apa yang ingin saya luahkan kepada semua pembaca. Hayati dan fahamilah penulisan ini degan baik,semoga kita semua memahami dan mencerna segala mesej yang saya serta penulis ingin sampaikan Insyaallah…
Bismillahirrahmanirrahim.

'Apabila RM12,000 sebulan masih tidak cukup untuk hidup di Malaysia' - saya membaca berita bertajuk sebegini
di sini.

Itu orang yang bergaji lima angka.

Kalau mereka yang menjalani hidup 'lifestyle of the rich and the famous' pun mula merungut,apa Anda fikir nasib mereka yang di kampung?

Apa Anda fikir nasib mereka-mereka yang bekerja sebagai Kerani di Syarikat Swasta Kecil?

Apa Anda fikir nasib mereka yang bekerja sebagai 'kuli' (maaf menggunakan terma ini - tapi terpaksa diguna untuk menggambarkan situasi) di Kedai Biskut di Bandar Kecil?

Dengan Bil Elektrik,Bayaran Ansuran Kereta,Bayaran Sewa Rumah (nak beli rumah tak dapat sebab mahal sangat,kereta pun Kancil je).

Ditambah lagi Budaya Melayu Moden yang terlalu Material sehingga meninggalkan 'Roh Islam' - di mana Budaya Moden Melayu ini menuntut paling kurang 1000 Orang perlu menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Mereka [
Link].

Mungkinkah ini yang dinamakan Batak-isme?

Apakah Batak?

Batak - saya tidak tahu apakah maksud sebenar perkataan ini.

Tapi bagi saya - Batak menghampiri maksud fascist - atau sekurangnya mereka yang menyokong fascism.

Bahasa mudah untuk situasi ini - mereka yang tetap mempertahankan kenaikan harga walau secara jelas kenaikan harga adalah sesuatu yang menzalimi orang bawahan.

Hey,come on - orang bawahan juga manusia!Dan kami membentuk lebih 50 Peratus Manusia di Malaysia!

Mungkin mereka yang sesuka hati melakukan kenaikan harga barang ini tidak faham 'kenapa orang ramai marah'.

Yalah.Mana mampu sedar.Mereka sendiri tidak pernah susah dari kecil!

Lahir di atas katil emas.Dan kalau boleh....

Ah,orang yang kurang akal sahaja yang menyokong perkara ini.

Sebenarnya orang ramai tidaklah begitu marah kalau beberapa perkara diatasi sebelum kenaikan berlaku.

Tapi,orang ramai marah kerana ini Zaman Internet.

Manusia sudah boleh berfikir.

Walau mungkin sesetengah manusia feudal mahu menafikan perkara ini.

Boleh sahaja saya diam - tidak berbuat apa-apa - tidak menulis tentang perkara ini - kerana apa?

Sebab leher saya sudah lepas.

Tapi apakah seorang Muslim itu menjalani hidupnya tanpa mempedulikan kebajikan orang lain?

Apakah Umar Al-Khattab RA itu tidak mempedulikan kebajikan orang di bawah jagaannya?

Fikir.Dan kaji.

Perkara ini boleh dibanteras andai mereka yang berkenaan kurangkan pembaziran.

Apa?

Anda kata 'Pembaziran apa?Takde pun?'.

Ah.

Contoh mudah.

Dalam satu Majlis Rasmi - berapa banyak Bajet Pembaziran yang boleh dijimatkan?

Berapa banyak Flyer,Beg Rasmi,Baju Rasmi - dicetak dan tidak lagi dipakai selepas Majlis berlangsung?

Dan setiap kali 'lawatan rasmi' - berapa banyak Pembaziran berlaku?

Ketirisan itu dan ini?

Saya tidak akan berkata kalau tiada perkara berlaku di hadapan mata.

Dan saya yakin - semua ini telah diketahui kita semua.

Samada Anda mahu akui - atau membutakan mata sahaja.

Ah.

Tapi dari satu segi,walaupun saya tidak bersetuju dengan kenaikan harga - saya juga AMAT tidak bersetuju dengan Para Pemuda yang semangat 'melawan' dalam Dunia Maya sahaja - bilamana dalam Dunia Realiti - mereka ini kelas pun tidak hadir,belajar malas,suka berfoya-foya dan sebagainya.

Golongan Pemuda seperti ini - sangat tidak perlu kita sokong kemarahannya.Kerana apa?Saya yakin kalau mereka sebegini diberikan kuasa,mereka akan bertindak sama seperti apa yang mereka tentang sebelumnya.

Islam menuntut kita seimbang.

Kita menentang kenaikan harga.Tapi dalam masa sama,dalam Dunia Realiti - kita mesti menjadi Muslim yang sebenar!

Bukan sekadar berteori.

Ini memang Zaman Ujian.

Semoganya kita ditetapkan hati.

Bacalah Al-Quran selalu.

Dan ya,tahukah Anda siapa
Riza Aziz?Mengikut Link ini- Beliau berusia 35 Tahun.

Erm.Untuk menerbitkan sesebuah Filem di Hollywood - tentulah punyai Dana besar.

Ironi - kebanyakan mereka yang menjerit 'Hidup Melayu' apabila masuk ke kampung-kampung kecil - mereka-mereka yang sama jugalah yang kaum kerabatnya sangat jauh dari 'Gaya Hidup Melayu' (saya cuba mengaitkan antara Slogan mereka dengan Gaya Hidup mereka).

Itu sahaja.

'Jangan tarik biasiswa saya hanya kerana saya menulis perkara sebegini' - dahulu kala saya selalu berfikir sebegini tatkala mahu menulis artikel sebegini.

Tapi kini tidak lagi.

Apa guna merantau belajar di Luar Negara - andai hidup tidak mampu berfikir?Apa maksud mengaku Muslim yang mengangkat Prinsip Kebenaran - andai minda dan jiwa masih tidak ter-liberate?
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. [Ali-Imraan : 156]

Hanya kepada Allah SWT kita bergantung,hanya kepada Allah SWT kita memohon.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

0 Response to "Cukup-Cukuplah Dengan Kenaikkan Dan Penindasan Ini Kami Juga Manusia Yang Berhak Untuk Hidup"

Post a Comment