Selamat Datang Ke Malaysia BMW 1 Series M coupe

Siapa tak tahu kereta BMW, laki atau perempuan semua tahu kereta BMW. Sekarang model yang terhangat BMW 1 Series M Coupe telah tiba di Malaysia. Menggunakan enjin enam silinder dengan teknologi BMW M TwinTurbo, kereta ini baru sahaja menerima Best In Class Award di 2012 International Engine of the Year Award. 3.0 liter unit kuasa digabungkan dengan ciri-ciri BMW M, membuatkan kereta ini membunyai prestasi dan kecekapan yang kontemporari, dengan menghasilkan kuasa 250kW/340bhp dan tork maksimum 450Nm dari revolusi serendah 1500rpm.


BMW 1 Series M Coupe terbaru ini mampu memberi prestasi di jalan raya sama seperti di dalam trek perlumbaan dengan keupaayaan memecut dari 0 - 100km/h dalam masa 4.9 saat, sangat menakjubkan.

Dengan hanya beberapa unit yang sangat terhad BMW 1 Series M Coupe dibuat di Malaysia, kereta ini akan menjadi satu kenderaan yang eksklusif, berpotensi untuk menawarkan kepada pelanggan BMW untuk membuat pilihan memiliki kereta yang dinamik dan mewah di negara ini.


Related Posts :

0 Response to "Selamat Datang Ke Malaysia BMW 1 Series M coupe"

Post a Comment