12 Gajet Paling Kool 2012

Gajet: iPad 3

Bila: Mei 2012

Sebab: Kalau dah produk Apple, memang sangat best!
Walaupun Kindle yang mula-mula memasarkan tablet, tetapi Apple masih diiktiraf sebagai pencetus fenomena menerusi pengenalan dua versi iPaddan tidak mustahil versi ke-3 masih antara gajet yang ditunggu. Apatah lagi ia tablet pertama yang menyokong teknologi rangkaian 4G LTE. Ia lengkapi dengan paparan retina HD dengan 4x lebih tinggi bilangan pikselnya atau 3.1 juta piksel berbanding iPad 2 untuk menjadikan imej lebih jelas, tajam dan kaya dengan warna. Tak cukup dengan itu, ia dilancarkan bersama cip grafik empat teras A5X untuk menambah kelajuan memproses kerja namun tetap jimat tenaga. Walaupun ramai yang kata ia cepat panas, tunggu saja kemaskini yang baru.

Gajet: ASUS Padfone

Bila: Jun 2012

Sebab: telefon + tablet (hibrid) pertama, siapa tak nak?
Telefon paling syok yang mencuri tumpuan termasuk telefon pintar ASUS PadFone bersaiz 4.3 inci dengan paparan Super AMOLED qHD yang beroperasi pada enjin Qualcomm terkini Snapdragon Dual Core S4. Ia mempunyai kamera lengkap 8MP dengan pempros imej Fuji dikuasakan dalam reka bentuk yang akan optimum untuk OS Google Android Ice Cream Sandwich 4.0. Menariknya, PadFone boleh dimuatkan dalam dok PadFone Station yang serta-merta berubah menjadi tablet bersaiz 10.1 inci.

Gajet: WD Media Player

Bila: Ogos 2012

Sebab: pindah turun filem, tonton terus ke TV
Syarikat yang sudah biasa mengeluarkan peranti storan luaran, WD boleh memukau hiburan dengan pengenalan WD Media Player yang baru selepas berjaya mengeluarkan beberapa siri sebelum ini membolehkan pengguna memainkan video atau audio kegemaran yang dipindah turun dari komputer terus ke TV. Pengguna hanya perlu memasukkan pemain USB ke dalam peranti itu yang turut mampu memainkan format definisi tinggi (HD) 1080i untuk filem, siri, muzik digital dan foto ke televisyen HD bersaiz besar. Malah, ia boleh menyimpan banyak filem atau audio dalam simpanan. Kalau dulu ia hanya 1TB, mungkin pada masa akan datang keluar dengan paling kurang 2TB untuk tampung saiz besar.

Gajet: TV OLED LG

Bila: Mei 2012

Sebab: Warna memang lagi terang
LG Electronics bakal merubah cara kita menonton TV apatah lagi pada masa depan, penggunaan TV pintar akan terus meningkat dan memerlukan kuasa yang benar-benar 'power' untuk memaparkan filem yang kita ingin tonton. Setakat ini, versi pertama berjaya dikeluarkan dengan saiz paparan 55 inci yang menggabungkan format 4 warna dengan ciri penapis paparan OLED LG Display yang menggunakan pemancar cahaya khas bagi memaparkan warna semula jadi TV yang tidak pernah dilihat pada mana-mana TV sebelum ini.

Gajet: Nikon D800

Bila: April 2012

Sebab: Kamera yang sangat diperlukan dalam fotografi
Pada bulan April nanti, Nikon akan mula memasarkan kamera DSLR model D800 yang dilengkapi sensor imej beresolusi 36MP yang siap dipasangkan dengan pemproses imej EXPEED 3. Menarik juga apabila ia secara tidak langsung turut memperluaskan fungsi ISO daripada 100 hingga 6400 yang menggunakan sistem 51-point AF seperti didapati pada model D3s. Paling baru, slot kad zQD iaitu standard baru dan bukannya seperti CF atau SD, bermakna lebih simpanan untuk foto anda kerana ia mampu menyimpan seminimum 32GB. Harganya saja mungkin mahal sekitar RM18,000.

Gajet: Lytro

Bila: Julai 2012

Sebab: Evolusi kamera digital kompak
Anda percayakah kalau dikatakan kamera digital masih relevan? Kalau anda nampak model ultra kompak Lytro buatan Amerika Syarikat yang unik ini membolehkan anda merakam foto berbeza dengan kamera konvensional yang hanya memasukkan cahaya pada satu arah saja dalam pemproses enjin. Lytro pula merakam keseluruhan cahaya yang bergerak dalam setiap arah pada setiap ruang rakaman dengan hanya klik pada satu butang di atasnya, selepas itu kamera akan merakam medan cahaya yang lengkap. Setelah anda merakam foto itu, anda boleh melakukan suntingan dalam kamera dengan menetapkan jumlah fokus, cahaya atau warna yang mengelakkan kelewatan pengguna 'shutter' pada lensa. Ia pasti menjadi kegilaan remaja seakan model flip.

Gajet: NaviBot S

Bila: September 2012

Sebab: Vakum yang robot yang menyenangkan hidup
Biasanya, ruang kediaman sama ada dalam bilik atau ruang tamu sering terganggu dengan kewujudan habuk atau debu yang mengakibatkan lantai atau karpet terjejas ditambah pula sampah-sampah kecil yang menyemakkan mata. Apa yang anda lakukan? Ambil penyapu dan mula terbongkok-bongkok untuk membuangnya. Kalau bawah kerusi atau sofa, lagilah letih, Jom perkenalkan NaviBot S yang dikeluarkan Samsung cukup untuk memberi keselesaan dalam hidup. Tekan saja butang automatik dan ia akan mula mengemas sendiri dan menyedut semua habuk. Ia juga mengesan ruang secara automatik dan mencari sendiri sampah. Jadi jangan risau, semua beres!

Gajet: Windows 8

Bila: Oktober 2012

Sebab: OS yang ditunggu juga, dikatakan lebih baik daripada Windows 7 (yang boleh dianggap memuaskan)
Bagi OS yang digunakan untuk PC atau tablet juga, Windows 8 mempunyai pengenalan Metro UI iaitu satu ciri penting terletak di pertengahan OS baru Windows 8 antara PC dan telefon pintar yang akan menunjukkan maklumat yang penting kepada pengguna selain bentuk animasi atau tipografi yang intuitif. Malah, lebih banyak maklumat dapat dilihat dalam Lock Screen seperti jumlah emel baru, masa dan tarikh tanpa perlu login.

Gajet: Dell Alienware

Bila: Jun 2012

Sebab: Dah lama menantikan PC untuk game yang betul-betul stabil!
Sebelum ini Dell cukup baik dengan penarafan sistem game Alienware barunya dengan model paling baru ialah Aurora yang berjaya memberi rekaan kompak bagi kategori PC dengan model X51nya. Setakat ini, ia lengkap dengan ciptaan nipis dengan �pilihan �pemproses Intel Core i3 atau i5 serta ciri pemacu cakera keras optik Blu-ray. Ia mempunyai RAM CPU ini boleh mencapai 8GB dan simpanan 1TB. Paling dinantikan, ciri kad grafik NVIDIA GeForce GT545 dan mungkin ia akan dinaik taraf lagi.

Gajet: iPhone 5

Bila: Jun 2012

Sebab: Adakah ia benar-benar telefon quad core?
Ramai menjangkakan cip pemproses iPhone 5 nanti akan berkuasa hingga jenis A5X, yang menyepadukan pemprosesan Dual Core dengan grafik Quad Core sama seperti iPad 3. Siri? Ya, fungsi teknologi komunikasi pintar terbabit yang menampilkan suara seksi wanita itu akan diperbaharui dan ia dijangka lebih pintar. Satu lagi yang mencuri tumpuan adalah fungsi 4G LTE yang akan dimasukkan dalam telefon selain bagaimana rupa bentuknya nanti?

Gajet: PS4

Bila: Oktober 2012

Sebab: Mungkin ia seakan Kinect, siapa tahu?
Bermain dengan konsol Playstation 3 memang menyeronokkan ditambah dengan paparan grafik dan sistem bunyi yang menakjubkan serta menyokong permainan 'multiplayer'. Kalau sebelum ini, ia sudah cukup baik dengan paparan HD, Playstation 4 pula dijangka mempunyai teknologi yang seakan sama seperti Kinect yang dikeluarkan Microsoft seperti Xbox yang lengkap dengan sensor pergerakan manusia. Kita tidak lagi perlu untuk menggunakan joystick untuk bermain. Tambahan pula, dikhabarkan PS4 mempunyai lebih banyak game berbanding Kinect yang boleh dikatakan agak terhad.

Gajet: Sandy Bridge

Bila: April 2012

Sebab: Kuasa tinggi, jimat bateri

Pemproses Ivy Bridge Core bakal menggantikan cip Sandy Bridge yang dikeluarkan pada tahun 2011 dengan jangkaan 18 part akan tersenarai. Ia berdasarkan teknologi proses 22nm yang pada dasarnya direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga bagi desktop atau laptop tetapi pada masa sama meningkatkan prestasi grafik. Ia dijangkakan mengurangkan 19% tenaga berbanding Sandy Bridge iaitu pengurangan 95 watt kepad 77 watt saja pada prestasi yang sama. Ia bersesuaian untuk penggunaan laptop dan alatan kecil.

0 Response to "12 Gajet Paling Kool 2012"

Post a Comment