Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,
Allah Maha Penyayang.Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.
Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam. Lihat bagaimana seekor burung diberikan rezekinya setiap hari. Lihat bagaimana seekor buaya mendapat rezekinya. Lihat bagaimana seekor zirafah mendapat rezekinya. Hari ini kita tidak payah terbang mengembara ke seluruh dunia nak lihat semua tanda-tanda ini, bagaimana makhluk Allah diberikan rezeki dengan kasih sayang-Nya. Dalam TV ada,dalam internet ada dalam majalah pun ada. Kita boleh buka National Geographic dan lihat bagaimana makhluk-makhluk Allah hidup dan makan rezeki Allah. Kita boleh lihat bagaimana seekor harimau yang ganas dan menggerunkan,diberi rezeki oleh Allah berkat sifat penyayang-Nya. Tanpa rezeki yang disuapkan Allah kepada sang harimau, kita boleh lihat bagaimana sang harimau melepek kelaparan di safari-safari Afrika.
Kita boleh lihat bagaimana Hitler,Stalin atau Bush makan dengan lahapnya di majlis-majlis makan bersama-sama pegawai mereka.Jika Allah menahan rezeki mereka, maka melepeklah mereka tak makan dengan wajah murung dan gelisah. Betapa agungnya kasih sayang Allah melebihi kasih sayang makhluk. Satu makhluk pun tidak dapat meniru kasih sayang Allah. Satu makhluk pun tidak dapat mengasihi bagaimana Allah mengasihi.
Kasih sayang Allah pada makhluk adalah berlainan dengan keredhaan Allah kepada makhluk itu. Allah beri rezeki kepada semua makhluk tidak kira kafir dan Islam sebab sifat Kasih Sayang-Nya yang luas. Namun belum tentu Allah redha dengan makhluk itu. Allah beri rezeki kepada mendiang Lim Goh Tong sampai kaya raya dapat bina mahligai atas gunung. Tetapi adakah Allah redha dengan kekafiran Lim Goh Tong?
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran ayat 19)
Keredhaan Allah terletak kepada IMAN seseorang. Dari iman timbullah takwa dan rasa rendah diri kepada Allah; takut kepada Allah. Allah sayangkan makhluknya kerana ia adalah ciptaan-Nya. Namun keredhaan Allah itu hanya dimenangi oleh siapa YANG BERIMAN KEPADA-NYA. Orang kafir tak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH. Orang munafik tidak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH. Mereka hanya layak makan rezeki Allah atas belas kasihan Allah sahaja. Contohnya seorang bapa yang mahu solat. Ketika mahu angkat takbir pertama,si anak merengek-rengek mahu aiskrim. Si bapa berhenti solat dan berikan aiskrim kepada anak. Bila bapa mahu mulakan solat kembali,si anak merengek lagi. Bapa mula panas hati. Bapa beri aiskrim dan sambil cuba untuk senyum pada anak. Kali ketiga,bapa mahu angkat takbir,si anak menghentak-hentakkan kakinya.
Namun si bapa beri juga aiskrim namun dengan wajah yang agak marah dan terganggu.
Jadi adakah pemberian pertama bapa sama dengan pemberian ketiga?
SI BAPA BERI AISKRIM DENGAN REDHA PADA KALI PERTAMA NAMUN DENGAN TERPAKSA DAN EMOSI TERGANGGU PADA KALI KETIGA.
Itulah kiasan makna 'redho' dalam bahasa mudah. NAMUN ADAKAH SI BAPA BENCIKAN ANAKNYA?ADAKAH SI BAPA TIDAK SAYANG ANAKNYA?
Betapa agungnya kasih sayang Allah. Alangkah bertuahnya ORANG BERIMAN yang dapat kasih sayang Allah malah Allah redho lagi dengan dirinya makan rezeki Allah itu. Adakah istilah orang yang makan rezeki Allah tetapi Allah tidak redho kepadanya?
Inilah dinamakan ISTIDRAJ.
Kadangkala Allah tambahkan lagi harta bendanya,kaya bertambah kaya,makan rezeki Allah tidak disekat-sekat. Perniagaan makin maju,makin maju. Hidupnya seolah-olah tiada nasib malang SUPAYA NANTI DIA AKAN JAHANAM DENGAN HARTA BENDANYA. Inilah orang yang diistidraj oleh Allah. Allah beri rezeki atas rahmat kasih sayang-Nya tetapi Allah tidak redho kepada-Nya.
Jadi fikirkanlah,adakah kita makan rezeki Allah ini DALAM KEADAAN DIREDHAI-NYA ATAU DIISTIDRAJ OLEH-NYA?
Tepuk dada tanyalah iman!
Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa
Kadangkala Allah bagi rezeki melimpah ruah supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya. Adakalanya Allah bagi rezeki ala kadar supaya orang itu makin rapat,makin dekat kepada Allah. Jika orang itu dibiarkan leka,mungkin dia akan lupakan Allah. Jadi Allah "pukul-pukul sayang" pada hambanya bagi dia lebih dekat keribaan Allah. Ibarat si bapa tadi merotan anaknya kerana nakal main di tepi semak belukar. Adakah si bapa pukul anaknya kerana benci? Tidak bukan? Bapa pukul anak kerana bimbangkan anaknya terlalu biasa bermain di kawasan berbahaya takut-takut digigit ular. Begitulah manusia. Tika susah dia ingat Allah,bila senang sikit,nampak gaya mahu lupakan Allah,jadi Allah "rotan" dia supaya ingat Allah balik. BERTUAHNYA MANUSIA YANG DIROTAN OLEH ALLAH SUPAYA INGAT PADA-NYA.
Sebab ada manusia yang Allah tak pedulikan dia. Allah biarkan dia kaya raya. Malah Allah campakkan lagi rezeki-nya begitu sahaja tanpa ditahan-tahan. Ibarat Donald Trump yang sudah kaya,makin kaya. Ibarat Bill Gates yang sudah kaya,bertambah kaya.
NAMUN ADAKAH PADA DIRI MEREKA TIADA LANGSUNG BERBEKAS KASIH SAYANG-NYA?
Selagi Donald Trump masih hidup,dia ada peluang dapat hidayah Allah. Selagi Bill Gates hidup,dia ada peluang masuk agama Allah. INILAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH YANG MAHA LUAS. Sebab belum tentu Elizabeth Wong tidak layak dapat hidayah Allah dan masuk agama Allah di kala Aishah Bukhari yang lahir dalam Islam boleh dicabut hidayah Allah dan menjadi murtad. Tuan-tuan kenal siapa Lina JOy?
Jadi bila-bila masa Allah boleh tarik hidayah,boleh masukkan hidayah ke dalam hati-hati manusia. Bila-bila masa orang yang lahirnya Islam boleh mati terbongkang dalam kekafiran dan bila-bila masa Allah boleh buat orang yang lahirnya kafir di depan berhala,boleh tersenyum-senyum meninggal dunia dalam rahmat IMAN DAN ISLAM.
Rezeki Allah yang beri tetapi rezeki datang bukan dari langit jatuh atas riba kita. Lihat bagaimana seekor burung dapat rezeki. Allah tak campak rezeki dalam sarangnya tapi Allah letak rezeki dia tempat lain. Burung itu kena terbang cari rezeki yang Allah letak untuk dia. Sama lah macam kita .Kita tidak boleh duduk goyang kaki harapkan rezeki jatuh berdebuk depan mata kita. Sebab apa ya maulana?
SEBAB ALLAH SURUH KITA YAKIN BAHAWA DIA YANG BAGI REZEKI TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA MALAS MENCARI REZEKI.
Carilah rezeki Allah sebab ALLAH PERINTAH KITA CARI REZEKI.
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.” (Surah Al-Jumu’ah:10)
Jadi carilah rezeki kita di mana-mana. Di kilang,di pejabat,di warung,di tapak-tapak binaan,di ladang...di mana sahaja. Bukan duduk di masjid mengharap rezeki jatuh ke riba! ALLAH PERINTAH KITA BERDOA TAPI ALLAH TAK SURUH KITA DUDUK DIAM DALAM MASJID. ALLAH PERINTAH KITA BERDOA DAN BERTEBARAN CARI REZEKI ALLAH DI MUKA BUMI DAN BERSYUKUR KEPADA-NYA.
Malah jika kita bersyukur, Allah tambah lagi nikmat. Kita bersyukur lagi... tambah lagi nikmat....syukur lagi....Allah tambah lagi nikmat...tambah lagi nikmat....tambah lagi...tambah lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi dan lagi dan lagi...
MASYA ALLAH!
Namun hari ini ada orang bilang pejabat bagi rezeki padanya. Ada orang kata sekolah bagi rezeki padanya. Ada orang ingat kilang-kilang bagi rezeki padanya. Restoran bagi rezeki pada dia. Syarikat bagi rezeki pada dia.
Ada satu orang fikir, bos bagi dia makan. Ada satu orang fikir kerajaan bagi dia makan. Ada satu orang fikir raja bagi dia makan. Raja bagi dia rezeki. Tuan Presiden bagi dia rezeki.
Sebab itu ada orang yang tinggalkan solat semata-mata nak kejar rezeki. Sebab itu ada orang yang tidak puasa sebab nak kejar rezeki. Sebab nak kejar habuan perut. Biarlah aku tak solat sebab solat tak penting,solat tak bagi aku duit,solat tak bagi aku makan,solat tak bagi aku kaya. Kerja aku yang penting,profesion aku yang penting sebab kerja bagi anak bini aku makan,kerja yang bagi aku kaya,bisnes yang bagi aku jutawan.
Padahal maulana-maulana sekalian...
SIAPA YANG BAGI DIA MAKAN?SIAPA YANG BAGI DIA DUIT?SIAPA YANG BAGI DIA HIDUP SENANG?
SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA MAKAN,SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA BERTEDUH DAN TIDUR NYENYAK?
Hari ini ada orang yang takutkan bos dia. Takut bos dia marah sebab ambil masa nak solat zohor. Solat zohor pun tak khusyuk sebab terbayang muka bos yang garang. PADAHAL SIAPA YANG BAGI REZEKI KEPADA BOS DIA? SIAPA YANG BAGI BOS DIA MAKAN?
Adakah sebab dia solat zohor,maka rezeki dia jadi sedikit? Adakah sebab dia ingat Allah,rezeki dia kena tahan. Allah kuat kah atau makhluk kuat? Allah lebih kuasakah atau makhluk lebih kuasa?
Hari ini orang fikir kerja bagi dia makan. Manusia yang bagi dia makan. Sebab itu dia rela jadi HAMBA MANUSIA. Rela jadi kuli dan pesuruh manusia. PADAHAL MANUSIA YANG JADI TUAN DIA ITUPUN HAMBA JUGA. Maka nya dia jadi hamba kepada hamba lain.
ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA HAMBA.ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA RAJA.
Namun ada yang jadi hamba KEPADA RAJA SEGALA RAJA!
Mana lebih tinggi darjatnya,hamba kepada hamba ATAU HAMBA RAJA?
Oleh itu wahai maulana-maulana sekalian...
Ana mahu bertanya sekali lagi,siapa yang bagi kita makan? Siapa yang bagi kita hidup senang? Siapa yang bagi kita rezeki?
Siapa yang bagi anak bini kita makan sampai kenyang? Siapa yang bagi anak kecil kita makan sampai tidur kekenyangan? Siapa bagi mereka berteduh dari panas hujan?
Kitakah?
Bos kitakah?
Tauke kah?
Guru besarkah?
Ketua pejabatkah?
Pegawaikah?
Rajakah?
Perdana Menterikah?
Presidenkah?
Bush?
Obama?
Yahudi?
Cina kaya?
Orang putih?
ahli korporat?
cakap siapa ya maulana-maulana!
cakap siapa!
SIAPA YANG SUAPKAN REZEKINYA PADA MULUT KITA? MULUT KITA YANG BANYAK MENGUMPAT,MENGUTUK,MAKAN HAK ORANG,BERDUSTA,LAWAN MAK BAPAK,LAWAN ALLAH....
Siapa yang bagi kita makan nasi sampai meleleh air liur kita lihat lauk ayam dan teh ais? Siapa bagi kita kenyang lepas makan nasi? Tidur nyenyak lepas kenyang sampai meleleh pula air liur basi kita.
SIAPA TUAN-TUAN...SIAPA YA MAULANA....?
CAKAP SEKARANG!SIAPA? SIAPA BAGI KITA MAKAN?
SIAPA BAGI KITA REZEKI?
S I A P A?????
ALLAH......
Ya Allah!Engkau bagi aku makan ya Allah.... Engkau bagi aku rezeki ya Allah..... Engkau sayangkan hambamu ini ya Allah....
Tetapi hambamu ini balas dengan maksiat....
hamba mu ini balas pemberianMu dengan kufur nikmat.....
...selalu lupakanMu....
Ampunkan aku ya Allah!! Ampunkan aku!!.....
0 Response to "Siri Artikel Rugi Kalau Korang Tak Baca - Perihal Nikmat Rezeki Dan Kasih Sayang Allah (Bahagian 2)"
Post a Comment