Muzik Dan Agenda (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)


Assalamualaikum kepada pembaca setia feedyoursoul84 marilah kita mulakan dengan Bismillah .Post yang yang agak simple sebenarnya kali ni .Rasanya remaja hari ini termasuk saya (suatu masa dahulu) dan cukup sebati jiwanya dengan muzik daripada sebati jiwanya dengan agama .Bak kata orang "No music No Life". Tidak dinafikan muzik boleh menjadi sesuatu yang positif dan juga menjadi negatif .Bergantung kepada muzik apa yang diminati .Muzik boleh jadi satu jarum halus yang kita tak nampak cucuk ke dalam jiwa kita .Terutama ...Muzik dari barat .

Yang pasti semua lagu ada maksud tersirat ,tersurat dan ada mesej yang hendak disampaikan .Macam contoh yang tersurat lagu Alejandro Tapi cik Gaga memang saya tak pernah minat .Baru-baru ni saya dengar kembali salah satu lagu yang pernah saya nyanyikan setiap hari dulu dan terdetik nak lihat perkembangan band yang saya minati tu .- 30 Seconds To Mars . Album paling latest "This is War" macam menarik perhatian saya .Sebab saya nak tahu "WAR" apa yang mereka ini maksud kan ..

                                               

Inilah dia cover album "This is War" .Sekali pandang ,tak nafi first impression saya ialah -- Illuminati ke ? Tapi saya bukan jenis yang nak terus jump into conclusion tanpa usul periksa .Segitiga ( piramid ) tu terlampau umum .Boleh jadi banyak maksud .Bukan hanya illuminati .Jadi saya meluangkan sedikit masa saya untuk mengkaji pasal album ni .Dan apa kaitan nya dengan simbol segitiga tu (yang sangat sinonim dengan Illuminati) . Ramai juga fan dari seluruh dunia saya nampak cuba rungkai simbol mereka ini .Dan ada satu statement dari peminat kat facebook .Dia kata yang album This Is War adalah sebagai tanda menentang illuminati .Saya kurang setuju .Sebab kalau secara logik .Pernah ke kita tengok rakyat Palestine mengibarkan bendara yahudi laknat tiu ?? Kalau bakar tu adalah .Tapi yang mereka kibarkan mestilah bendera negara mereka dan kalimah Fisabillillah ..

30 Seconds To Mars - Adakah mereka ingin mengistiharkan perang illuminatist dan mindcontrol kepada umat manusia ?

Palestine Jihad fisabilillah


Yang ini takda apa maksud tersembunyi kerana ia memang membawa maksud 30 Seconds To Mars .Simbol pertama adalah nombor 3 dan 0 bertindih .Yang kedua adalah simbol jam yang melambangkan Seconds .Yang ketiga inverted Roman Numeral of 2 (To). Dan yang ke-empat mewakili planet Marikh dan dua dot tu adalah Phobos and Diemos (dua bulan yang terdapat di planet Marikh) .


Yang dua simbol ini memang ada membawa maksud tersendiri - Yang pertama tu gambar burung Phoenix. Phoenix merupakan burung hebat dan suci, mempunyai penampilan helang, baik dalam bentuk dan saiz. Dalam mitologi Mesir, burung Phoenix adalah mewakili Matahari kerana ia meninggal pada malam hari dan dilahirkan kembali di pagi hari. Burung ni dihormati di Heliopolis (Bandar Matahari) ,Mesir dan dianggap sebagai Tuhan Matahari - RA. Jerad Leto (Vocalist 30STM) menamakan Phoenix ini - Mithra .(Ada disebut dalam interview dengan Jared sendiri). Mithra juga adalah nama Tuhan Matahari yang datang dari bahasa Roman dan Greek .

Simbol kedua jelas menunjuk kepada - Trinity Masonry (3) -salah satu konsep Freemason jugak .Yang ni sangat complicated untuk di-explain .Akan saya ceritakan di post akan datang ,insya-Allah . Jadi dalam single terbaru mereka, lagu - This Is War .Lirik lagu nya ditulis sendiri oleh Jared Leto (Vocalist band) .Sebahagian lirik nya yang jelas menunjukkan pemujaan matahari!

Gambar Jerad Leto mengangkat tangan ke arah matahari diambil dari muzik video 30 Seconds Of Mars

A warning to the prophet, the liar, the honest
This is war
Oh, to the leader, the pariah, the victor, the messiah
This is war
I do believe in the light
Raise your hands up to the sky
The fight is done, the war is won
Lift your hands toward the sun
Toward the sun Toward the sun Toward the sun
It's a brave new world A brave new world
The war is won
The war is won

Salah satu cara penyembahan matahari boleh dilakukan :
" Show your worship by giving the sun an offering of a poem, prayer, song or anything you wish"


Jadi apa sebenarnya fahaman mereka ?Kenapa selalu berkait dengan matahari? Seperti yang kita tahu Tuhan Matahari dulu nya disembah oleh pagan Mesir Kuno. Dan apa kaitan dengan sekarang? Sekarang para Illuminatist / Freemason juga melakukan perkara sama yang mana bermaksud sama dengan penyembahan Dajjal Al-Masih .Kalau tengok di lambang mereka memang ada lambang One Eyed tu ( Horus / Ra/ atau lebih mudah Dajjal laknatullah ) yang dibelakangnya ada cahaya (matahari) .Cuba tengok gambar kat bawah .

Freemason - Nampak the all seeing eye diatas?


Zaman Mesir Kuno - Tuhan Matahari dan The All Seeing Eye

Biar saya tekan kan lagi sekali. Illuminati dan Freemason adalah satu secret society yang mempunyai agenda untuk mengawal dunia dengan bantuan seseorang yang sudah bertahun-tahun merancang untuk menguasai dan mengawal seluruh dunia .Dia adalah Al-Masih Dajjal . Dia lah yang banyak membantu para penyembahnya dan golongan Illuminati ini merima jaminan bahawa mereka akan memperolehi kuasa untuk menguasai dunia sebaik sahaja kemunculan terakhir Dajjal pada waktu yang telah ditetapkan Allah SWT .
Gambar di atas menunjukkan Madonna dan Jared Leto Kedua-duanya memakai baju simbol piramid Illuminati

Brandon Boyd - Incubus

[ Lirik Lagu 100 Sun - 30 Seconds To Mars ]

Jelas liriknya yang boleh menyebabkan syirik dan terpesongnya akidah .

I believe in nothing
100 suns until we part
I believe in nothing
Not in sin and not in God
I believe in nothing

[ Menggalakkan orang ramai supaya tidak mempunyai sebarang kepercayaan (Atheist) supaya mudah mindanya di jajah ]


Kesimpulannya, jelas sekali disini bukan sahaja cik Lady Gaga seorang yang illuminatist .Dah tak terbilang pun berapa ramai sebenarnya .30STM ini lagi dasyat sebab terang-terangan menulis lirik berunsur ketidakpercaya-an kepada tuhan .Maka itu ,ingatlah supaya hati-hati dengan setiap apa yang kita buat hari ini .Golongan Illuminatist ini bukan berperang secara terang-terangan..tetapi secara senyap , dan mungkin kita tak sedar pun sebenarnya dari lagu pun ,boleh merosakkan diri .

"Percaya lah ,senjata yang digunakan bukan bom .bukan snipper .bukan pedang .tetapi sesuatu yang nampak tak berbahaya iaitu..hiburan - namun hakikatnya .Itulah yang merosakkan Islam hari ini"


"Apakah sama org yang berilmu dengan org yang tidak berilmu?" (Az Zumar:9)
"Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" ( Ar Ra'd:16).
"Apakah sama kegelapan dengan cahaya?" (Ar Ra'd:16)

Justeru tanamkan dalam diri ' No Islam No Life ' .Persiapkanlah diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai kekuatan untuk melawan mereka yang cuba menjajah pemikiran kita dengan pelbagai jenis cara.. baik hiburan, muzik, kartun,.atau filem-filem serta game dan lain-lain .Seperti firman Allah SWT :

" Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi para musuh dengan pelbagai jenis kekuatan "
(Surah al-Anfal: Ayat 61)

0 Response to "Muzik Dan Agenda (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)"

Post a Comment