Salam Mubarak dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba kepada pembaca setia feedyoursoul84. Dalam kita sibuk menjalankan tanggungjawab dan menunaikan ibadat puasa hendaklah kita berhati-hati dalam berbelanja terutama dalam membeli buah KURMA kerana didapati dalam pasaran sekarang terdapat KURMA yang berasal dari negara haram ISRAEL Laknatullah.
Ia bercetak jenama Jordan River. Ia sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanilah rakyat-rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
0 Response to "Jangan Beli Kurma Ini"
Post a Comment