Tragisnya Tragedi Saripah Edora


Assalamualaikum dan selamat petang kepada muslimin dan muslimat serta pembaca-pembaca setia Feed Your Soul. Pada petang ini, saya ingin menyajikan kepada anda satu kisah benar yang betul-betul menyayat hati jika kita semua mampu menyelami perasaan suci seorang gadis yang bernama Saripah Edora. Semoga anda semua berolah manfaatnya nanti..

Haris tergesa-gesa berjalan meredah kelompok orang meredah orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri pasar malam Sabtu itu. Di situlah dia menemui Saripah Edora, gadis kecil molek yang berkulit hitam manis.

"Maaf, saya tak sengaja, cik adik tak apa-apa ke? "

Tak okey aje. Tak injured pun.

Biar saya ganti balik kata Haris sambil menunjukkan bungkusan cendol yang telah terburai ketika merempuh Saripah Edora.

Takpe encik pun macam nak cepat je, tentu ada hal penting.

Haah iye, jadi boleh saya ambil nombor telefon cik adik. Saya nak menebus kesalahan saya dengan belanja cik adik makan.

Saripah Edora panggil aje Pipah, menyambut huluran tangan Haris.

Maka, bertukar-tukarlah nombor telefon kedua-duanya hingga berlangsungnya episod-episod cinta antara Saripah Edora dan Haris. Seperti pasangan-pasangan yang lain, diorang gak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluar dating, tengok wayang, ber SMS, lepak kat tasik, makan-makan, bergaduh, merajuk dan berbaik semula dan bla..bla..bla.. sehinggalah hubungan mereka semakin intim dan temetrainya ikatan pertunangan tanpa bantahan dari kedua belah pihak adanya.

Saripah Edora memicit kepalanya, tekaknya rasa loya-loya, perutnya rasa nyilu semacam Saripah Edora memegang perut sambil tangannya memicit-micit kepala. Haris tidak berkata apa-apa, mukanya pucat tatkala melihat keadaan Saripah Edora yang macam perempuan mengandungkan anak sulung. Haris mulai berasa serba salah, menyesal, dan menyalahkan diri sendiri yang terlalu terburu-buru mengikut perasaan. Jika dia tidak memaksa Saripah Edora untuk memuaskan hasratnya, tentu tidak akan jadi begini. Kalaulah Haris tidak memaksa

Tak nak Pipah takut rayu Saripah Edora berkali-kali.

Haris tarik muka asam gelugor. Saripah Edora seperti hendak menangis, badannya sedikit menggigil-gigil menghapkan Haris tidak terus mendesak.

Pipah kan tunang abang. Kalau Pipah tak sudi maknanya Pipah tak cintakan abang.

Tapi Pipah Pipah takut kalau

Takpelah... potong Haris bersuara lesu.

Biarlah abang mati kempunan Pipah suka agaknya kalau abang takde

Baiklah suara Saripah Edora berketar dengan bibir terkemam.

Haris bersuara riang seperti kanak-kanak tadika.

Jangan bimbang apa pun yang akan berlaku abang akan bertanggung jawab. Lagipun, kan tak lama lagi kita akan kahwin.

Saripah Edora menggigit bibir, perasaan berbelah bagi bersarang semut di hati. Apakan daya hendak menolak satu-satunya permintaan Haris yang satu. Selama ini, permintaan Saripah Edora yang berbagai-bagai tak pernah sekalipun Haris tak tunaikan. Saripah Edora minta kasut, Haris belikan. Saripah Edora minta lagi kasut, Haris tetap belikan kasut tu tanpa merungut jugak Haris tetap menghulurkan duit kat cashier bayar harga kasut yang dibelinya. Saripah Edora belum membuka mulut untuk beli lagi satu kasut, Haris sudah faham kehendaknya. Jadi kali ini mahu tak mahu Saripah Edora mesti akur menurut kehendak Haris. Membuktikan cintanya yang benar-benar tulen bukan perkara main-main. Namun, tekad Saripah Edora tu bulatnya melengkung. Jantungnya masih berdebak-debuk. Andai jantung Saripah Edora bergerigi, pasti tembus dadanya dilolosi akan hebatnya rasa getaran dan gementarnya itu!

Haris menggenggam tangan Saripah Edora, meyakinkannya. Saripah Edora tunduk dengan mata terpejam membayangkan kengerian yang akan berlaku tak beberapa lama lagi. Terlintas juga di fikirannya untuk pura-pura pitam tapi ahh tiada gunanya! Teringatlah si Saripah Edora akan satu peribahasa Melayu moden, terlajak kereta time lampu merah boleh dirempuh lori dari arah bertentangan. Saripah Edora pasrah menyerah.

Abang akan bertanggungjawab atas segala keterlanjuran abang buat terhadap Pipah. Maafkan abang Pipah abang menyesal.

Saripah Edora terus memuntahkan segala isi perutnya, matanya berair, hidungnya berair mulutnya pun berair jugak berair liur sisa muntah.

"Kan dah cakap, Pipah tak nak main rollercoaster gayat!!!" Saripah Edora mencebik dalam tangis.

"Er aaa aaa aaa nanti haa, kasut baru !"

Dan pening kepala Saripah Edora mulai kendur tersenyum menggangguk Saripah Edora menyekat air mata yang masih bergenang. Haris kelegaan tahap maksima puas jugak dapat naik rollercoaster dengan Saripah Edora! Pertama kali merdeka jiwa rasanya!!!

Huhuhu tamatlah kisah tragedi Saripah Edora yang memang tragis ni… Amacam? sedih ke?


hahaha...

0 Response to "Tragisnya Tragedi Saripah Edora"

Post a Comment