Kenapa korang suka mencarut?


Artikel ini ditulis atas sebab rasa kecewa dan juga sakitnya hati saya pada pagi jumaat yang mulia ini. Sedikit perasaan sedih dan juga kecewa dengan segelintir umat Islam pada hari ini yang semakin teruk terpesong akhlak dan juga aqidahnya. Baik lelaki ataupun perempuan,yang sudah berkeluarga ataupun yang masih bujang (juga merujuk pada diri penulis sendiri). Ambillah sedikit masa untuk membaca,meneliti dan memahami mesej yang ingin saya sampaikan ini.

Seperti biasa,seawal jam 5 pagi lagi saya akan bangun dari tidur untuk memasak dan menyediakan bekalan untuk makanan. Selepas siap saya akan terus mandi, bersolat subuh dan membaca al-quran sebelum berangkat ke tempat kerja. Dengan hati yang tenang dan penuh harapan pada Allah s.w.t supaya hari ini menjadi hari yang terbaik dan penuh rahmat untuk saya.

Sampai saja di tempat kerja, belum sempat lagi saya duduk dikerusi, sudah kedengaran suara seorang wanita yang menjerit dengan suara yang agak kuat memarahi pekerja bawahannya. Jeritan yang tidak saya sukai kerana diiringi dengan kata-kata kesat dan mencarut. Ya.. mencarut.. amat sedih sekali kerana ia datang daripada mulut seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak.

Pagi yang saya harapkan ceria ini tidak menjadi kenyataan. Kenapa kita begitu suka mencarut? Adakah ia seronok? Puas? Apa semua ini… adakah ini aqidah seorang wanita Muslimah? Adakah kita suka jika orang lain menilai kita sebagai insan yang kurang ajar dan tiada budi pekerti? Ingin saya jelaskan disini, melalui percakapan sahaja kita dapat mengenal akhlak dan budi pekerti seseorang. Adakah dengan mulut laser seseorang itu dapat mencerminkan keimanannya? Sudah tentu tidak sama sekali!

Jika kita sudah terbiasa dengan sebutan yang indah-indah seperti kalimah Allah, Subhanauallah dan lain-lain lagi,adakah kita akan mencarut jika berlakunya bencana dan sebarang musibah samaada melibatkan masalah kita sendiri ataupun orang lain? Jawapannya sudah tentulah tidak tuan-tuan sekalian. Jika sebagai seorang ibu kita memiliki akhlak yang tidak elok sudah pasti anak-anak kita akan mencontohi akhlak tersebut. Jadi dalam kes ini, siapa yang ingin dipersalahkan jika anak-anak kita juga berada dalam kategori kurang ajar?

Tepuk dada slow-slow dan tanyalah iman kita sendiri ya tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Jika ada ayat-ayat di dalam Al-quran yang membenarkan kita menampar seseorang yang suka mencarut (jika ada sahaja dah sudah tentunya tiada didalam Al-quran) sudah tentu orang-orang yang tidak suka mencarut ini akan keletihan kerana terlalu banyak tamparan maut yang singgah ke muka pencarut-pencarut ini. Betul tak?

Sekian sahaja nukilan saya yang agak-agak membosan tetapi penuh dengan hikmah dan peringatan ini (Insyaallah) dapat membantu anda-anda semua yang tergolong dalam golongan mereka yang suka mencarut dan berkata kesat.. cukuplah dengan masalah sosial yang melanda umat Islam pada masa ini. Ayuhlah kita berubah untuk menjadi umat Muhammad s.a.w yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam menegak dan mengamalkan segala suruhan Allah s.w.t. dan tolonglah buangkan segala kebodohan dalam diri kita ini. Assalamualaikum…

0 Response to "Kenapa korang suka mencarut?"

Post a Comment