Did You Know About The Peace Secret Sign?


Ok.. ok..relax..relax.. steady semua..1..2..3! PEACE!!! Snap! Snap! Maka siaplah sekeping gambar possing maut seperti gambar yang amat comel dan cute seperti di atas ini.. Dari dulu lagi saya tertanya-tanya, kenapa kita mesti sebut perkataan “Peace” stiap kali kita nak buat snapshot? Kenapa tak sebut je perkataan yang lain. Yang ironinya tangan kita mesti secara auto akan menunjukkan symbol peace tanpa perlu kita autakan membran-membran di otak kita hehehe.. lawak sikit, kali ini saya nak buat penulisan secara santai-santai.. sesekali buat macam ini ringan sikit beban otak yang setiap masa bekerja secara formal dan mengikut peraturan yang amat membosankan, betul tak?

Oklah.. back to the topic yang ingin kita bincangkan tadi, kita semua kerap menyebut peace semasa mengambil gambarkan? Kebiasaannya juga kita selau angkat tangan dan menunjukkan symbol peace semasa mengambil gambar. Tapi adakah anda semua tahu, rahsia di sebalik lambang “peace” itu? Tak tahu? Bagus-bagus.. inilah yang dinamakan mencari ilmu. Bagi sesiapa yang sudah tahu, maka sebarkanlah perkara ini. Jangan simpan untuk diri sendiri saja ya..

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang “peace” yang kita semua suka amalkan selama ini. Semoga ia dapat membawa manfaat pada kita semua nanti.Insya-Allah…


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Richard Nixon

Winston Churchill


Yasser Araffat


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan Illuminati!!. Tanda “V” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian(antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past(Palang kanan), Present(Palang tengah) dan Future(Palang kiri)

Ha.. pendek saja penerangan tentang maksud di sebalik lambang peace ini kan? Tapi amat besar maksudnya yang tersirat. Ilmu ini dikongsikan sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita berkaitan dengan secret society ini. Ia bertujuan untuk menyedarkan kita semua akan kewujudan mereka. Terutamanya bagi mereka yang masih lagi tidak tahu dan masih lagi samar-samar tentang kewujudan mereka. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Insya-Allah…



0 Response to "Did You Know About The Peace Secret Sign?"

Post a Comment