Makna Jihad Dalam Diri Anda

Jihad berasal dari kata jâhada, yujâhidu, jihâd. ertinya adalah saling mencurahkan usaha. Lebih jauh lagi Imam an-Naisaburi dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti kata jihad menurut bahasa iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk memperolehi maksud-maksud tertentu.


Al-Quran menggunakan erti kata jihad seperti diatas dalam beberapa ayatnya, seperti ayat berikut:

]وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا

"Jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dalam hal yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik." (TQS. Luqman [31]: 15)

Makna jihad menurut bahasa (lughawi) ialah kemampuan yang dicurahkan semaksimum mungkin,contohnya pada aktiviti yang menggunakan fizikal, seperti menggunakan senjata atau tidak; ataupun dengan menggunakan harta benda dan kata-kata; kadang-kal ia berupa sumbangan tenaga untuk mencapai tujuan tertentu; dan sejenisnya. Makna jihad secara bahasa ini bersifat umum, iaitu bekerja keras.

Al-Quran telah mentafsirkan makna jihad pada erti yang lebih spesifik, iaitu: Mencurahkan seluruh tenaga untuk berperang dan berjuang di jalan Allah, sama ada secara langsung atau pun dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat,tenaga dan lain-lain.

Pengertian seperti ini dijelaskan dalam kata jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyah. Maknanya berbeza dengan makna jihad yang terdapat dalam ayat-ayat Makkiyah. Kata jihad mengandungi makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang dijelaskan dalam al-Quran surat al-Ankabut [29]: ayat 6 dan 8 serta surat Luqman [31]: ayat 15.

Tidak kurang dari 26 kata jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyah. Semuanya menguraikan bahwa jihad disini mengandungi makna perang menentang orang-orang kafir dan keutamaan orang yang pergi berperang dibandingkan dengan orang yang berdiam diri saja. Pengertian seperti ini diwakili firman Allah Swt:

]انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui." (TQS. at-Taubah [9]: 41)

Jihad dengan mengerahkan segala kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga digunakan oleh para fuqaha. menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad bererti peperangan kaum Muslim melawan orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimah Allah hingga menjadi kalimah yang paling tinggi. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahwa jihad bererti berperang di jalan Allah.

Sekalipun makna jihad menurut bahasa memliki erti mencurahkan seluruh tenaga, kerja keras, dan sejenisnya, tetapi syariat Islam lebih tepat menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tertentu, iaitu berperang di jalan Allah. ertinya, penggunaan kata jihad dalam pengertian berperang di jalan Allah lebih tepat digunakan dalam pengertian bahasa. Hal ini sesuai dengan kaedah yang sering digunakan para ahli ushul fiqih:

Makna syariat lebih utama dibandingkan dengan makna bahasa maupun makna istilah.

Dengan itu, makna jihad yang lebih tepat diambil oleh kaum Muslim adalah berperang di jalan Allah melawan orang-orang kafir dalam rangka meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.

Pengaburan makna jihad dalam pengertian syariat ini, dengan cara mengalihkannya ke pengertian yang lebih umum, seperti jihad pembangunan, meuntut ilmu, mencari nafkah, berpikir keras mencari penyelesaian, dan sejenisnya yang dianggap sebagai aktivitas jihad- merupakan upaya untuk menghilangkan makna jihad dalam pengertian al-qitâl, al-harb, atau al-ghazwu, yaitu berperang (di jalan Allah).

Negara Barat kafir seperti AS, hingga kini giat mempropagandakan pandangan bahawa jihad adalah sama dengan keganasan, mujahidin ialah terrorist atau ekstremis yang harus dimusuhi, diperangi, dan dibinasakan. Mereka khuatir jika bangkitnya semangat kaum Muslim melawan organisasi sistem kufur yang dipelopori US. Kaum orientalis dan para pengikutnya mengarahkan makna jihad dalam pengertian yang lebih luas, mencakupi jihad pembangunan, jihad menuntut ilmu, jihad mencari nafkah, jihad ekonomi, jihad politik dan sejenisnya. Semua ini telah mengaburkan makna jihad yang sebenarnya. Dalam skala yang lebih sempit lagi, makna jihad dengan sengaja dipesong dan dipolitikkan untuk menghadang atau melawan kelompok tertentu yang bertentangan dengan matlamat perjuangan kumpulan mereka. Inilah realiti yang terjadi di negeri ini sekarang.

Walau apa pun makna perkataan “jihad” tersebut, adakah kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yg berjihad? Hmm… lagi panjang hmmm kita tu tuan-tuan… lagi sukarlah untuk kita semua menyelesaikan permasalahan ini. Apakah yang kita jihadkan selama ini? Adakah jihad kita dengan mengangkat senjata memerangi musuh-musuh Islam yang secara terang- terangan memijak dan memperbodohkan kita semua? "Aku nak angkat senjata boleh bai… tapi sape nak support tiket flight aku untuk ke sana? Sekarang aku nak isi tangki minyak kereta aku pun susah bai…" Jadi apa yang mampu kita lakukan?



Adakah jihad kita dengan memboikot segala barangan keluaran mereka? Dengan memboikot barangan mereka adakah itu jihad yang kita semua mampu lakukan? Dan disini akan timbulnya satu demi satu persoalan.. antaranya: “Gua kalau 1 hari tak makan Spicy McChicken kat McD tak boleh bai..nanti gigil badan gua ni.” “Encik.. saya daripada kecil lagi dah minum Coca Cola, tak kan nak minum Radix Cola pulak? Tak Staylo la encik.. Hidup mesti mau style beb..” dan banyak lagi 1001 alasan yang difikirkan agak-agak bernas untuk di jadikan alasan. Di Lebanon, Ayatullah Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah mengeluarkan fatwa  pengharaman produk Israel dan US pada tanggal 20 November 2000. Di Iran, dari Markas Besar di Kota Qum, Imam Syed Ali Khamenei mengeluarkan fatwa mengharamkan pembelian produk dan barang buatan Zionis-Israel dan seluruh negara yang mendukung Zionisme. “Tiap-tiap transaksi dengan perusahaan yang  memberikan dana kepada mereka, pada hakikatnya adalah tindakan menolong musuh-musuh Islam dan Muslim, dan juga bererti mendukung  cita-cita rejim Zionis-Israel. Ini adalah perbuatan haram. Membeli produk dan barang dagangan mereka sama saja melakukan tindakan yang tidak bermoral, ini tentu saja tidak dibenarkan. ” Pemimpin Muslim Iraq, Ayatullah as-Sayyid Ali as-Seestani juga mengeluarkan fatwa yang sama iaitu kita sebagai umat islam WAJIB untuk memboikot barangan keluaran Israel dan US untuk melumpuhkan ekonomi mereka. Tapi kita di sini? Kita fikirlah sama-sama ye…


Ataupun kita hanya berjihad melalui sorakan dan kemarahan serta perhimpunan untuk menunjukkan tanda protes yang biasanya akan reda dalam masa seminggu atau kurang? A.k.a “hangat-hangat tahi ayam atau lebih lama sikit hangat-hangat tahi lembu import dari New Zealand?"  Israel laknat! Tak guna punya zionis! Semoga ALLAH melaknat kamu! Lepas tu bila dah penat menjerit dan melepaskan kemarahan, haus pula tekak ni.. Lepas tu terus pergi “7eleven” dan beli setin air “Coca Cola” lepas tu,bila dah hilang haus di tekak terus keluarkan sekotak rokok berjenama “Dunhill dan etc” yang terang-terangan adalah produk keluaran mereka, yang baru saja sebentar tadi kita marah,caci maki dan kita laknati. Dalam masa berkempen pulak seluar dan kasut pun kena branded jugak…”levi’s dan nike” baru stylo bai….mesti mari kalau itulah cara jihad kita.. Maknanya kita hanya menang bersorak sahaja..



Hakikat sebuah perjuangan

Mungkin sebelum ini, kita sering sahaja melaung-laung akan perjuangan. Saya masih ingat betapa dari saya kecil, entah sudah berapa orang menyebut, dan entah sudah berapa kali saya dengar, suara-suara yang menyatakan harapan mereka:

“Ana nanti, nak pergi Palestin, bantu orang di sana”

Dan apabila konvoi Lifeline4Gaza bergerak, saya melihat realitinya. Manusia-manusia yang membumikan harapan mereka yang besar lagi tinggi. Mereka ini, kita lihat, akhirnya tersekat di tengah perjalanan ditahan oleh Israel. Lebih memburukkan, diserang dan ada yang terbunuh. Israel dengan berani menuduh pula bahawa orang di atas kapal yang menyerang terlebih dahulu.

Konvoi yang sekadar membawa bantuan kemanusiaan, dilayan lebih teruk dari binatang.

Maka, itulah dia hakikat perjuangan yang sebenar. Punya risiko. Perjuangan bukanlah satu jalan ‘pasti selamat’ yang kita lalui. Tetapi pejuangan adalah satu jalan yang menuntut pengorbanan.

Maka saya suka kita memandang semula kehidupan kita.

Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, masa lapang pun sukar untuk kita berikan. Harta pun lokek kita kongsikan. Apatah lagi mengorbankan nyawa dengan mengambil risiko berjuang di atas jalan Allah.

Sungguh, kita hanya ada di pinggiran.

Hari ini terjadi, kerana kebodohan semalam

Walaupun saya amat sakit hati dengan tindakan Israel, sikap mereka, dan tindakan konco-konco mereka, saya tetap memandang bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kerana kebodohan ummat Islam itu sendiri sebelum ini.

Kita lihat kehidupan kita. Kita lihat bagaimana keadaan negara-negara yang mencanangkan dirinya negara Islam. Kemudian kita lihat keadaan rakyat-rakyat di dalam negara Islam itu pula. Bagaimana keadaannya?

Kita lihat pula pergerakan-pergerakan dakwah. Bagaimana keadaannya?

Dan kita akan melihat betapa sebelum ini, kita asyik bergaduhan, berpecah belah, larut dalam kemaksiatan, lemas dalam kemungkaran, jauh daripada Allah SWT, tidak mengambil tatacara hidupNya, tidak membumikan ajaran RasulNya, dan melakukan 1001 macam kerosakan baik kepada diri, keluarga, rakan, mahupun negara.

Ummat Islam yang tidak faham Islam menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula malas menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan akan teritori dakwahnya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka.

Kalau kita semua semenjak dahulu lagi tidak memakai pakaian kemegahan dunia, dan telah menyarung pada diri mereka qamis akhirat, nescaya tiada kebaculan kita, "pemimpin-pemimpin kita hari ini yang mampu membuatkan perkara ini terjadi. Kapal kemanusiaan terapung di atas laut tanpa diiringi tentera yang boleh menjaga keselamatan?" Itu sahaja sudah menunjukkan betapa negara-negara Islam tidak sensitif dengan semangat rakyatnya sendiri.

Dan lihatlah pula kita. Berapa ramai antara kita yang peka dan sensitif? Berapa ramai antara kita yang mengambil Islam sebagai cara hidup? Berapa ramai pula antara kita yang faham akan tuntutan diri sebagai hamba Allah? Berapa ramai pula yang menyebarkannya? Berapa ramai yang senang bersatu berbanding bergaduh?

Berapa ramai dan berapa ramai?

Sudah nyata, apa yang berlaku hari ini, itu kebodohan kita dahulu.

Dan Allah menunjukkan pembayarannya kepada kita hari ini.

Kita lemah dan tidak berdaya.

Hanya mampu menjerit sahaja.

Allah memperkenalkan wajah sebenar musuh kita

Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu saya sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Saya tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

"Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi."

Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal semalam. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai dunia. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan merkea kuat hingga ke hari ini.

Sungguh hairan orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini.

Jalan kemenangan bukan dengan jeritan

kita dapat melihat betapa jeritan, laungan, seruan di dalam Facebook atau di mana-mana sahaja berkenaan peristiwa ini akan senyap tidak berapa masa lagi. Forward-memforward gambar akan berhenti. Post-post berkenaan Palestin akan surut kembali tidak lama lagi.

Saya kira, nanti apabila tawanan perang dibebaskan, dunia akan senyap kembali. Alangkan pembunuhan besar-besaran seperti Shabra dan Shatilla yang menggemparkan dunia pun akhirnya senyap begitu sahaja. Apatah lagi 20 orang yang mati di atas kapal yang cuba merentas Gaza tanpa kebenaran Israel?

Ya, itu realitinya. Jiwa ummat terbius. Semangat hanya hangat-hangat tahi ayam. Kita sampai satu tahap rasa telah menang. Menang sorak sahaja hakikatnya. Kita rasa puas dengan membakar bendera Israel. Mendelete lambang-lambangnya di dalam komputer. Menyelar-nyelarnya di dalam internet. Mendoa laknat dan kehancuran untuk mereka.

Tetapi kita lupa, kemenangan memerlukan lebih daripada itu.

Kemenangan perlukan jiwa yang memahami matlamat yang jelas. Kemenangan memerlukan kesatuan yang utuh. Kemenangan perlukan pengorbanan. Kemenangan perlukan perancangan yang bersistematik. Kemenangan bukannya datang sepantas esok apabila kita berusaha hari ini. Kemenangan bukannya datang dengan jeritan-jeritan kita.

Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat.

Api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten.

Persoalan utama, apakah kita telah memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan?

Jangan fikir jerit kita, laungan kita, forward-forward gambar kita, semuanya itu bermakna untuk kemenangan seandainya kita sendiri dalam bentuk jasad dan kehidupan tidak bergerak menewaskan Israel di dalam jiwa kita, di dalam tatacara kehidupan kita.

Israel hanya akan tewas, bila ummah dalam kondisinya yang baik.

Maka siapa yang menggerakkan dirinya, memperbaiki dirinya, dan mengajak masyarakat sekeliling agar kembali kepada Allah SWT? Siapa yang menggerakkan dirinya, agar ikhlas bersatu dengan sahabat-sahabat muslimnya yang lain? Siapakah yang mendidik dirinya agar kehidupannya bergerak atas lembayung Allah SWT?

Siapakah yang berusaha untuk menang ini?

Penutup: Apa yang mereka ada, apa yang kita tiada?

Tetapi jika difikirkan semula, itulah dia tugasan dan kerja musuh-musuh Allah. Bukankah kita yang lebih kejam daripada Israel sekiranya kita hidup bukan dengan kehidupan Islam yang akhirnya membawa kepada kelemahan ummah dan menyebabkan peristiwa seperti ini berlaku?

Saya suka kita memandang zaman-zaman kemenangan Islam. Zaman Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa yang dua zaman itu ada, dan apa yang kita tiada?

Zaman itu ada masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam, duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil, rakyat yang faham dan semuanya tetap menjungjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Zaman itu ada semua itu.

Zaman kita apa yang ada?

Maka saya melihat, jika hendakkan kemenangan, maka mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.

Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestine.

Kenapa mereka tidak menang?

Jawapan saya, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

Tidakkah kita mengambil pengajaran?

Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.






credit to:Pena Maya

0 Response to "Makna Jihad Dalam Diri Anda"

Post a Comment