Anak-anak Kita



"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang."


Petang itu saya singgah di sebuah warung mamak di bandar tempat saya tinggal. Masa tu dah hampir sangat nak masuk waktu maghrib. saya hanya mahu singgah untuk membeli roti canai saja, sebab teringatkan ayah yang kat rumah tu. Risau jugak sebab saya tak tahu lagi dia dah makan atau belum.sambil tengok mamak itu menebar roti saya perhatikan gelagat orang-orang semakin ramai datang ke warung mamak ini untuk makan. Majoritinya orang-orang melayu yang beragama Islam lah… yang agama lain tu saya tak ambil kisah..


Datang dengan family,dengan anak-anak yang masih kecil lagi,saya pun lepas siap je terus bergerak untuk pulang ke rumah disebabkan sudah hampir berkumandangnya azan maghrib. Sampai saja dirumah saya terus mandi lepas itu solat dan mengaji. Lepas makan malam tu sekali lagi saya teringat tentang orang-orang islam yang saya jumpa di warung mamak petang tadi. melihatkan perkara ini menyebabkan timbulnya rasa sedih,marah dan kecewa dengan sikap segelintir umat Islam di akhir zaman ini. Saya akui,saya  ini pun bukanlah baik sangat, tetapi saya merasa terpangil untuk menulis artikel tentang perkara ataupun masalah yang amat menyedihkan hati saya ini.






Kembali Ke Masa Lampau

"Izinkan saya menggunakan perkataan "aku" dalam artikel di bawah ini"


Teringat kisah-kisah lama masa aku kecik-kecik dulu.. aku ingat lagi,masa kecik-kecik dulu bila dah masuk waktu maghrib je,mak dan abah akan menjerit memanggil nama aku. Tak kira la,tengah buat apa pun. Aku terpaksa jugak balik ke rumah. Kalau dah azan tapi masih ada kat luar rumah… jawabnya tunggu sajalah hayunan rotan yang aku rasa sungguh segar dari ladang hinggap di punggung aku yang suci ini. Di sebabkan dah banyak kali kena rotan, sebagai anak yang taat (sebenarnya takut kena rotan) aku akan pastikan sebelum masuk je waktu maghrib aku meti dah ada di rumah.


Pada waktu itulah kami semua adik beradik bersolat kat rumah,lepas tu terus ambil al-quran untuk mengaji dengan abah. Aku ingat lagi masa tu abang baru je beli sebuah “idiot box” yang baru… screen colour tu… sebelum ni dekat rumah aku cmma ada tv hitam putih je. Jadi semua cerita yang kitaorang tengok setiap hari adalah versi “p.ramlee”. Tak kiralah cerita apa pun,semua hitam dan putih a.k.a BOSAN…… masa inilah tengah musimnya kartun “doraemon” kat tv. Memang minat dengan kartun tu. Biasanya cerita kartun ni mula pukul 7:30 petang.





Tapi… ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah maghrib, seperti yang aku dan juga neuron-neuron deria di otak kecil aku ni jangkakan. Mak dan abah tak benarkan aku hidupkan tv bila masuk waktu maghrib. Punyalah hampa, tapi sebagai anak bongsu yang agak-agak cute dan comel..(agak-agaklah bro nak promosi..) aku gunakan senjata terakhir aku a.k.a WMD yang US heboh-hebohkan ada kat Iraq dulu. Iaitu tangisan…


Pada petang itu terdengarlah suara tangisan seorang kanak-kanak comel memecahkan keheningan senja. Agak penat jugak aku menangis tapi seperti yang aku jangkakan dari awal tadi. Tangisan aku langsung tak Berjaya mengoncangkan iman kedua ibu bapa aku. Iman mak dan abah serta kasih sayang mereka lebih kuat pada Allah s.w.t berbanding sayang pada aku yang hanya perhiasan mereka di dunia ini. Amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka, betul-betul mereka genggam dan laksanakan dalam mendidik anak-anak mereka.


Dah penat menangis apa lagi? Pergilah solat lepas tu mengaji macam biasa, lepas siap semua tu biasanya abah akan buka tv tu dalam pukul lapan selepas semua kewajipan kami laksanakan adik beradik. Biasanya abah tengok berita.aku pulak….. bila dah takda kartun, dah tak “ambik portla” dengan tv tu… tapi itu kisah lampau aku. Tapi apa yang terjadi sekarang?

Hm….semuanya dah terbalik dan ajaran Islam serta sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w mula di anak tirikan… salah siapa? Bak kata Nabil “lu fikirlah sendiri!”







Back To The Future!



Tapi sekarang semuanya dah nampak terbalik,anak-anak diajar daripada kecil lagi untuk pergi keluar makan olah mak dan ayah mereka. Diajar waktu yang paling “afdhal” untuk keluar adalah pada waktu maghrib. Sayu sekali bila mata ini melihat pada waktu maghrib inilah warung-warung dan kedai-kedai makan mula dipenuhi orang-orang islam.. adakah ini menunjukkan bahawa kita semua sudah semakin jauh dari ajaran islam? Adakah dengan kata yang lebih teruk lagi kita sudah semakin jauh daripada Allah? Atau adakah persoalannya Allah sudah menjauhkan diri daripada kita? Wallahualam..


Sekarang ini rata-ratanya siaran kartun di tv adalah pada waktu maghrib. Contohnya seperti naruto,shin chan,M.A.R (sekadar menyebut beberapa tajuk) adakah ini sengaja dibuat untuk melekakan dan melalaikan umat Islam? Jawapan itu sudah tentu ada pada hati tuan-tuan sekarang. Berbeza dengan waktu dulu, walau kita menangis macamana pun anak-anak mereka (keluarga saya lah,family tuan-tuan saya tak tahu) tv tetap tak akan di hidupkan untuk menghormati waktu maghrib dimana waktu itu juga syaitan dan macam-macam lagi akan keluar untuk menganggu makhluk Allah. Ia juga sebagai waktu untuk kita beribadat kepada Allah. Tapi sekarang? “lu cakap senanglah bai.. gua sayang dengan anak-anak gua, manalah gua sampai hati nak biarkan anak gua nangis…”


MasyaAllah tuan-tuan, ya maulana sekalian… itu bukan sayang namanya… tapi itu merosak dan menghancurkan! Adakah tanda kita sayang ialah dengan melalaikan anak-anak kita dengan hiburan dan benda-benda fantasi yang tak pernah ada kesudahannya? Adakah kasih sayang kita dengan mengingkari segala amanah yang diberikan oleh pencipta kepada kita? Anak-anak adalah amanah daripada Allah.. ya tuan-tuan sekalian.. pernahkah kita terfikir satu hari nanti apabila di sekolah cikgu bertanya kepada anak-anak kesayangan kita “solat maghrib ada berapa rakaat ya murid-muridku sayang?” dan anak-anak kesayangan tuan-tuan sekalian menjawab..” tak tahu cikgu,sebab bila masuk waktu maghrib je mak dan ayah bawak kami keluar makan. Asal masuk waktu maghrib saja mak dan ayah ajak pergi shopping,tengok wayang. Tak pun mak dan ayah bukakkan tv untuk kami adik beradik tengok cerita kartun Naruto wahai cikguku sayang..”





Itu baru kat dunia ya maulana sekalian… kalau dekat akhirat nanti amacamana pula? Nak saya terangakan jugak ke? Ok..ok..boleh… “ya.. sipulan bin sipulan! Kenapa kamu selalu meninggalkan solat maghrib dan meringan-ringankan nya?” maka si anak yang disayangi tadi akan menjawab dengan penuh bangga…” ayah dan ibu kami yang mengajar kami untuk keluar makan,shopping,tgk tv dan macam-macam lagi kesalahan pada waktu maghrib Ya Rabb yang maha agung,jadi ini bukanlah kesalahan kami kerana ibu dan bapa kami tidak menjalakan amanah yang telah dikau berikan kepada mereka semasa mereka membesar dan mendidik kami” macammana tuan-tuan sekalian? Masih ingin saya tambah lagi ke? “dahla bai.. gua sedar..lepas ni gua akan didik anak-anak gua dengan lebih elok.. gua insaf..”


Syukur kalau tuan-tuan sekalian telah sedar,maka tanggungjawab saya dalam menyedarkan tuan-tuan sekalian telah selesai.. Allah sudah mengurniakan kita semua rezeki berupa anak-anak (rezeki yang lain-lain tak perlulah di sebut dalam tajuk ini) jadi apakah caranya untuk kita menunjukkan rasa syukur kita pada Allah? Yes! Bijak-bijak… iaitu dengan menjalakan segala amanah-Nya yang telah deberikan kepada kita. Apa dia amanahnya ya maulana sekalian? Betul… iaitu dengan memberikan didikan yang sempurna,agar dapat melahirkan generasi Islam yang berakhlak mulia.. Bukankah Nabi kita Muhammad s.a.w. itu di utuskan untuk membentuk,memperbaiki serta menyempurnakan akhlak ya maulana sekalian..


Akhlak itu amat penting,dengan adanya akhlak yang baik dan terpuji maka keimanan akan dapat dipupuk? Tak percaya? Adakah tuan-tuan nampak tok-tok imam serta ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah itu buruk akhlaknya? Tidak… kalau ada pun itu adalah manusia yang menggunakan title ustaz,ustazah,dll sebagi topeng.. daripada ini saja kita sudah nampak akan pentingnya bagi kita untuk mendidik anak-anak kita dengan betul dan berlandaskan Islam untuk mendapatkan generasi Islam yang berakhlak mulia.. “susahlah bai..gua pun bukan pandai sangat.. gua pun bukanlah alim sangat.. pegi surau pun bila hari raya je bai.. lagikan nak ajar anak-anak gua pasal agama ni. Gua cetek ilmu lah bai..”




Alasan lagi.. kita ini memang handalkan kalau disuruh mencari 1008 alasan? Ok..ok… ini saya berikan solusinya ya tuan-tuan dan ya maulana sekalian.. Dalam sebulan, berapa kalikah tuan-tuan semua beli surat khabar a.k.a paper? “huih! Ape Tanya soalan bodoh macam tu bai… setiap harilah, kan macam-macam berita penting ada kat dalam tu. Lagi-lagi masa tengah sibuk dengan “world cup” ni. Nati kalau tak beli pastu tak tau berita-berita latest ni orang cakap gua duduk dalam Gua pulak bai..” bagus,bijak dan bernas sekali jawapan tuan-tuan ya… kalau dah macam tu, kenapa tak beli sekali buku-buku agama yang boleh bantu kita semua untuk memahami ajaran-ajaran Islam dan yang boleh mendekatkan diri kita Pada Allah ya maulana sekalian? Relax… kan dah merah padam muka tu.. nak bagi alasan apa lagi ya maulana sekalian?


Alasan tak jumpa kedai buku? Mamak kedai buku tu tak bagi beli? Ataupun tuan-tuan sendiri yang lupa nak keluarkan duit kat dalam dompet tu untuk bayar harga buku-buku agama tu? Masih ingat lagi apa dia ayat yang mula-mula Malaikat Jibrail katakan pada nabi? Tak ingat? Ke buat-buat tak ingat tuan? “bacalah sebutlah dengan nama tuhan yang menciptakan” kita ambil yang ringkas saja ya maulana sekalian. Ilmu takkan datang bergolek pada kita… kalau ilmu tu datang sendiri bergolek-golek pada kita.. jawabnya kesemua universiti kat dalam dunia ni kosong ya maulana….. dah boleh buat gelanggang futsal tak pun badminton. Takkan wujudnya buku-buku ilmiah dan juga pengarang-pengarang buku! Sebab apa tuan-tuan? Sebab semua orang dalam dunia ni dah pandai.. sebab ilmu pengetahuan tu semua datang bergolek-golek,berguling-guling macam tengiling cari kita semua. Betul tak ya maulana sekalian?





Nak bagi alasan apa lagi ya maulana sekalian? Saya tertarik dengan satu artikel tentang seorang penulis Israel(zionis)tapi dah lupa dari mana sumbernya, ia berbunyi “adakah tuan tidak takut menulis buku seperti ini yang mendedahkan rancangan jahat kita? Adalah merbahaya jika orang-orang Islam membacanya nanti” penulis itu menjawab dengan tenang “usah risau wahai kawanku, kerana tidak mungkin umat Islam akan membaca buku seperti ini.” Tuan-tuan sudah Nampak maksud yang saya ingin jelaskan di sini? Cukuplah hati tuan-tuan sebagai jawapan…


Mendidik anak-anak bukan melalui pembelian buku-buku kartun,fantasi dan segala cerita dongeng yang tidak mendatangkan manfaat pada jiwa dan hati anak-anak kita. Yang biasa buku-buku zionis seperti ini berakhir degan "ciuman" dan “they live happily ever after” ini semua salah ya maulana sekalian.. sepatutnya buku-buku yang berkaitan dengan para sahabat dan salafussoleh yang patut kita bacakan. Buku mengenai perjuangan umat Islam terdahulu dan para sahabat yang mati syahid dan telah di janjikan syurga oleh Allah dan Rasul-nya. Jadiakanlah mereka-mereka ini iaitu para sahabat serta para anbiya yang lain sebagai role model dan super hero anak-anak kita.


Bukannaya spiderman,batman,cicakman mahupun simenman! (ada ke hero nama simenman? Bolehlah labu..) ini semua salah ya maulana. Untuk membentuk akhlak yang baik, kita kenalah semai benihnya dari awal. Dengan cerita-cerita yang berkualiti daripada kisah-kisah Nabi dan para sahabat seperti ini, maka tidak mustahil anak-anak kita akan lebih menyintai Islam dan Rasulnya.. lebih menyintai Allah berbanding dunia yang dicipta oleh-Nya yang hanya sementara ini. Bukan dengan menambahkan fantasi yang cacamarba sepeti boleh terbang,pakai “underwear” kat luar,panjat bangunan pastu “swing-swing” guna benang mesin jahit! (ada ke?) sama-samalah kita fikir ya maulana sekalian.


Sekarang ini adalah akhir zaman, segalanya yang mendekatkan diri kita kepada Islam dan pencipta sudah semakin dilupakan,semakin diabai dan di anak tirikan… semuanya sudah semakin kabur dan lari dari landasan agama kita. Masalah pembuangan bayi sudah ibarat “buang sampah” , masalah mat rempit,pelacuran, gangsterism, dan macam-macam lagi. Jika kita sebagai ibu bapa dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang di amanahkan ini dengan baik dan mengikut lunas-lunas Islam dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. insyaallah… tidak mustahil masyarakat Islam kita akan lebih dihormati. Bukan sebagai johan acara hisap dadah,buang bayi serta lumba haram.. tetapi johan dari segi akhlak dan peribadi yang elok.




Semua ini bermula daripada mana ya maulana sekalian? Apa? Bermula dari mana ya tuan-tuan sekalian? Ya…. Ianya semua bermula daripada kita… golongan ibu bapa…

Ayuh! Kita mulakan sekarang, kerana umat yang baik datang daripada akhlak yang baik dan terpuji. Jadikanlah Rasulullah sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan kita seharian… insyaallah.. hidup ini akan lebih diberkati.. Amin….



-M. Nasir-
Anak Anak Kita


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu









0 Response to "Anak-anak Kita"

Post a Comment